BETONG: Golongan usahawan di Debak disarankan untuk mendaftar bagi mendapatkan lesen syarikat.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam, Kerajaan Negeri telah menyediakan pelbagai bantuan kepada usahawan untuk memiliki lesen syarikat.

Beliau berucap semasa program Kursus Asas Keusahawanan Tahun 2020, Pemangkin Peningkatan Pendapatan Penduduk Setempat bertempat di Dewan Perpaduan Debak, Betong pada Jumaat,

Mohammad Razi turut menggesa usahawan berfikiran kreatif dengan memanfaatkan ekonomi digital dalam urusan perniagaan sesuai dengan suasana mencabar ketika ini akibat penularan wabak COVID-19.

Malah beliau juga percaya para usahawan yang terlibat dalam program itu mendapat pendedahan berguna dari pelbagai agensi perbankan dan pertanian mereka mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Kursus selama dua hari anjuran KEMAS Bahagian Betong itu disertai seramai 68 peserta.