DELHI: Dharmendra Pratap Singh, dikenali sebagai lelaki tertinggi India dan namanya tercatat dalam Buku Rekod Guinness, namun ia tidak memberi apa-apa impak terhadap Pratap.

Lelaki ini mengaku ketinggiannya mencecah 8 kaki itu merupakan nasib malang baginya. Ketika usianya sudah mencecah 45 tahun, dia masih belum berkahwin.

Menurut Pratap, ramai sanak-saudaranya cuba mencari jodoh untuknya namun semuanya tidak berjaya.

Sebahagian besar gadis enggan berkahwin dengannya sebaik sahaja melihat ketinggiannya.

Sampai sekarang dia masih belum menemui wanita yang sudi berkongsi hidup dengannya. Harapannya berkahwin dan hidup berkeluarga semakin malap dari sehari ke sehari.

Pratap yang tinggal di Kampung Narharpur Kasiyah memiliki Ijazah Sarjana sebelum bekerja di Delhi dan Mumbai.

Di sana orang ramai mengerumuninya untuk mengambil foto bersama-samanya terutama pelancong.

Namun pandemik Covid-19 ini banyak menjejaskan pendapatannya kerana dia tidak dapat bergerak bebas akibat sekatan PKP.

Pada tahun lalu, Pratap menjalani pembedahan pada bahagian pinggangnya kerana dia mengalami kesukaran berjalan gara-gara sakit artritis.

Pihak hospital juga terpaksa menyediakan semua peralatan hospital daripada katil sehingga meja pembedahan bersesuaian dengan ketinggian Pratap.

Malah implan yang digunakan untuk pembedahannya juga terpaksa ditempah khas dari Chennai kerana saiznya tidak sama dengan orang biasa.

Dalam pada itu Pratap memohon Perdana Menteri Yogi Adityanath memberinya bantuan kewangan atau kerja yang bersesuaian dengan saiz fizikalnya.