WASHINGTON: Seorang penghantar makanan didapati mencuri makanan yang dipesan oleh salah seorang klien syarikatnya.

Nasibnya kurang baik kerana perbuatannya dirakam kamera CCTV semasa mencuri makanan tersebut.

Dia merakam foto makanan itu di rumah klien sebagai bukti dia menghantar pesanan itu.

Kemudian dia membawa pulang makanan itu bersamanya.

Menurut laporan, makanan tersebut dipesan melalui DoorDash, salah satu perkhidmatan penghantaran makanan terkenal di AS.

Memandangkan perkhidmatan itu menawarkan penghantaran tanpa perlu bersemuka ekoran risiko Covid-19, penghantar berkenaan mengambil kesempatan membawa pulang makanan berkenaan selepas mengambil foto yang diperlukan sebagai bukti ia udah dihantar.

Rentetan insiden itu, jurucakap DoorDash mengumumkan syarikat tidak bertolak ansur dengan tingkah laku sebegitu.