Virus maut terus menggila. Ia tidak pernah tidur sejak muncul di Wuhan, China pada akhir tahun lalu.

Setakat pagi ini, sebanyak  lebih 57 juta telah dijangkiti Covid-19.

Angka tepat ialah 57,880,159 orang, dan angka itu terus bertambah setiap saat.

Manakala jumlah yang sudah menemui Pencipta  sudah lebih daripada 1.37 juta orang.

Yang pulih lebih daripada 40 juta.

Amerika Syarikat terus di tangga teratas dari segi jumlah kes dan kematian.

Angka dijangkiti sudah mencecah lebih 12 juta manakala yang maut lebih 260,000.

Ini diikuti India dengan lebih sembilan juta jangkitan dengan lebih 132,000 kematian.

Brazil menyusulinya dengan lebih enam juta jangkitan dan lebih 168,000 lematian.

Perancis berada di belakang Brazil dengan 2.10 juta jangkitan dan lebih 168,000 kematian.

Perancis merekodkan lebih 1.58 juta kes jangkitan dengan lebih 48,000 kematian.

Negara di tangga kelima ialah Rusia dengan lebih dua juta jangkitan dan lebih 35,000 kematian.

Negara lain yang mencatatkan lebih daripada sejuta jangkitan ialah Sepanyol, United Kingdom, Argentina, Itali, Colombia dan Mexico.