TEBEDU: Golongan petani perlu mengadaptasi teknologi terkini bagi meningkatkan lagi produktiviti.
Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Amar Michael Manyin Jawong berkata, mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat dengan merujuk kepada Pegawai Pertanian untuk mendapatkan kaedah mengurus ladang dan tanaman lebih moden dan memberi keuntungan yang tinggi.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu berkata, tanpa pengurusan yang baik, petani dan penternak mendapat kerugian semasa harga komodii turun.
Sehubungan itu, beliau menasihati pihak Jabatan Pertanian untuk menyediakan platform terbaik bagi memasarkan produk pertanian.
Datuk Amar Michael Manyin berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penangguhan ‘Agriculture Community Outreach Programme (AGRICOP) DUN Tebedu bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Kakeng, semalam.