Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini melepasi 57.21juta.

Jumlah kematian pula sudah mencecah 1.36 juta sejak virus maut itu mulai dikesan di China pada akhir tahun lalu.

Ini berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Setakat pagi Jumaat  data terbaharu Worldometers menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 12.06 juta kes jangkitan.

AS juga  muncul nombor satu dari segi kematian dengan lebih 258,000 kes.

India  merekodkan   sembilan juta juta kes dengan lebih 132,000 kematian, manakala Brazil merekodkan 5.98 juta kes dengan lebih 168,000 kematian.

Jangkitan positif Covid-19 di Perancis (2,086,288), Rusia (2015,608), Sepanyol (1,574,063), United Kingdom (1,453,256), Argentina (1,349,434), Itali (1,308,528), Colombia (1,225,490 dan Mexico (1,015,071).