Friday, August 19, 2022

Lebih 56 juta sudah dijangkiti, 1.35 juta menemui Pencipta

Secara Rawak

JUMLAH kumulatif kematian global akibat Covid-19  sehingga awal pagi ini melepasi angka 1.35 juta kes.

Jumlah yang dijangkiti pula sejak virus maut itu dikesan di Wuhan, China pada akhir tahun lalu adalah lebih daripada 56 juta.

Statistik Worldometers menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 256,000 kes. 

AS juga muncul nombor satu dari segi jumlah yang dijangkiti dengan lebih daripada 11.86 juta.

Ini diikuti  Brazil dengan lebih 167,000 kes dengan lebih daripada 5.9 juta kes jangkitan.

Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 131,000 dan 99,000 kes kematian.

Kes jangkitan di India sudah mencecah 8.9 juta manakala Mexico lebih sejuta kes.

Sementara itu, angka kematian di United Kingdom (UK) melepasi 53,000 kes dengan lebih 1.43 kes jangkitan.

Negara yang melepasi angka 40,000 kes kematian ialah Itali, Perancis, Iran dan Sepanyol.

Argentina, Peru, Colombia dan Rusia pula merekodkan angka korban melebihi 30,000 kes.

Negara-negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru