Jumlah kumulatif kes positif global Covid-19 kini mencecah angka 55.93 juta.

Ini berikutan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Worldometers menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan hampir 11.69 juta kes.

AS juga muncul nombor satu dari segi jumlah kematian dengan 254,244 kes.

Ini diikuti India dengan lebih 8.91  juta kes dengan lebih 131,000 kematian, manakala Brazil merekodkan lebih 5.91 juta kes dengan lebih 166,000 kematian.

Negara yang melepasi angka satu juta kes ialah Perancis, Rusia, Sepanyol, United Kingdom, Argentina, Itali, Colombia dan Mexico.

Perancis telah merekodkan 2.01 juta kes dengan lebih 46,000 kematian manakala Rusia yang berada di tangga kelima merekodkan 1.97 juta kes dengan lebih 33,000 kematian.

Peru, Jerman, Afrika Selatan, Iran, Poland, Chile, Ukraine dan Iraq termasuk dalam negara yang merekodkan lebih setengah juta kes.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 sehingga 500,000 kes jangkitan COVID-19 ialah Indonesia, Belanda, Bangladesh, Turki, Filipina, Arab Saudi, Pakistan, Romania, Kanada, Maghribi, Switzerland dan Nepal.