Indonesia kini berada di tangga ke-21 dunia dari segi jumlah kes positif Covid-19.

Jumlah  kes yang direkodkan hingga awal pagi ini di negara 270 juta jiwa itu ialah 474,455.

Ini termasuk 3,807 kes baharu yang direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kematian yang dicatatkan sejak virus maut itu dikesan di negara itu awal tahun ini ialah 15,393 kes, termasuk 97 kematian terbaharu.

Ini sekali gus meletakkan negara itu terburuk di Asean.

Negara Asean kedua paling teruk ialah Filipina.

Filipina berada di tangga ke-26 dengan 410,718 kes positif  dengan 7,862 kematian.

Myanmar berada di tangga ketiga dengan 71,857 kes positif dengan 1,625 kematian.

Malaysia berada di tangga ke-85 dunia, dan keempat Asean.