BRAZIL: Lelaki di Brazil berkahwin dengan dirinya sendiri dalam majlis ringkas selepas tunangnya memutuskan hubungan mereka.

Menurut laporan media tempatan, pasangan doktor iaitu Diogo Rabelo dan Vitor Bueno bertunang pada November lepas dan menetapkan tarikh perkahwinan mereka bulan lalu.

Namun Bueno memutuskan hubungan mereka pada Julai lalu selepas pasangan itu asyik bertengkar sepanjang musim panas.

Biasanya dalam keadaan sebegini, ia bermakna majlis perkahwinan yang sudah dirancang itu dibatalkan, namun Diogo mengambil keputusan meneruskannya.

Menurut laporan media Ladbible, lelaki berusia 33 tahun itu berkahwin dengan dirinya sendiri di sebuah tempat peranginan mewah di Itacare, utara Bahia.

Ia dihadiri sekitar 40 tetamu dan Diogo menggambarkan hari tersebut sebagai hari paling menggembirakan dalam hidupnya.

Menurutnya lagi pada hari tersebut dia dikelilingi orang yang amat disayanginya, mereka sama-sama meraikan hari tragis itu mengubahnya menjadi satu komedi.