Setakat awal pagi ini sejumlah lebih 55 juta orang telah dijangkiti virus maut Covid-19 di seluruh dunia.

Jumlah yang maut  di seluruh dunia pula ialah 1.33 juta.

Negara paling teruk dari segi jangkitan dan kematian ialah Amerika Syarikat.

AS merekodkan 11.52 juta kes jangkitan dengan lebih 252,000 kematian.

India pula merekodkan 8.87 juta kes jangkitan dengan lebih 130,000 kematian.

Menurut angka Worldometers, Brazil merekodkan 5.87 juta kes jangkitan dengan lebih 166,000 kematian.

Perancis mencatatkan 1.99 juta kes jangkitan lebih 33,000 kematian.

Rusia yang berada di tangga kelima merekodkan 1.94 kes jangkitan dengan lebih 33,000 kematian. Selain Perancis dan Rusia, enam lagi negara yang merekodkan lebih sejuta kes jangkitan ialah Sepanyol, United Kingdom, Argentina, Itali, Colombia dan Mexico.