KUCHING: Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) telah mengikuti garis panduan Bank Negara Malaysia dan amalan terbaik operasinya.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini sebagai menjawab kenyataan Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dato Sri Wong Soon Koh, sebagai institusi kewangan pembangunan, DBOS telah diberi mandat untuk membiayai projek infrastruktur strategik negeri Sarawak.
Kenyataan sama memberitahu, DBOS juga menjalankan operasi seperti bank-bank lain serta menguruskan deposit daripada kerajaan negeri, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan syarikat yang dikawal oleh kerajaan negeri.
Menurut kenyataan DBOS, DBOS adalah institusi kewangan pembangunan dan diberi mandat untuk membiayai projek infrastruktur strategik negeri Sarawak.
DBOS juga melakukan pengeluaran deposit pada bila-bila masa selaras dengan amalan perbankan biasa.
Dato Sri Wong Soon Koh dalam satu kenyataan media pada Sabtu mempersoalkan mengenai jumlah dana dari simpanan negeri yang telah dipindahkan ke DBOS setelah penubuhannya.