BAU: Seramai 86 orang pekebun lada di bawah Agriculture Facilitation Fund (AFF) menerima lapan beg baja berjumlah kira kira RM1,000 yang merupakan bantuan subsidi daripada kerajaan negeri di Dewan Serbaguna Kampung Serasot pada Sabtu.
Majlis penyerahan bantuan input pertanian tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep.
Sementara itu, beliau memberitahu, bagi permohonan bina baru jalan pertanian di Kampung Serasot akan dilaksanakan apabila dana mencukupi kelak.
Beliau juga berharap agar peserta tidak berputus asa dengan harga lada yang rendah ketika ini kerana kerajaan akan membantu dari segi subsidi baja.