JUMLAH kumulatif kes positif global Covid-19 kini melepasi 54.30 juta sejak virus maut itu dikesan di Wuhan, China pada akhir tahun lalu.

Ini berikutan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Worldometers menunjukkan Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 11.22 juta kes.

AS juga muncul nombor satu dari segi jumlah kematian dengan lebih 251,000 kes setakat pagi ini.

Ini diikuti India dengan lebih 8.81 juta kes dengan lebih 129,000 kematian, manakala Brazil merekodkan hampir 5.84juta kes dengan  lebih 129,000 kematian.

Negara yang melepasi angka 1 juta kes ialah Perancis, Rusia, Sepanyol, United Kingdom, Argentina, Colombia dan Itali.

Perancis merekodkan 1.95 kes jangkitan dengan lebih 44,000 kematian manakala Rusia yang berada di tangga kelima merekodkan 1.90 juta kes jangkitan dengan lebih 32,000 kematian.

Mexico, Peru, Jerman, Afrika Selatan, Iran, Poland, Chile, Ukraine dan Iraq termasuk dalam negara yang merekodkan lebih setengah juta kes.