THANE: Seorang isteri telah bertindak menyaman suaminya kerana suaminya tidak memberitahu kepalanya botak.

Wanita berusia 27 tahun itu membuat laporan polis mendakwa suami serta keluarganya tidak memberitahunya bahawa kepala suaminya botak semasa mereka mula berkenalan.

Menurutnya lagi jika dia tahu keadaan kepala suaminya, dia tidak akan berkahwin dengannya.

Wanita tersebut yang bekerja sebagai akauntan memberitahu dia menyedari suaminya botak sehari selepas perkahwinan mereka.

Selama perkenalan mereka si suami memakai rambut palsu sepanjang masa.

Menurut wanita itu lagi apabila dia mengadu kepada keluarga si suami mereka memberitahunya ia bukan sesuatu yang serius.

Kes tersebut didaftarkan di bawah Seksyen 406 dan 500 di bawah Undang-undang Kanun Keseksaan India.

Suaminya mengemukakan petisyen di Mahkamah Thane yang memintanya untuk menyerah diri kepada polis.