FEI: Video yang disiarkan versi TikTok membabitkan kanak-kanak yang terjun dari tingkap tandas bangunan sekolah tadikanya gara-gara tidak dapat membuka pintu tandas.

Dalam video itu kedengaran orang ramai yang melihat aksinya di bawah berteriak dengan penuh cemas memintanya supaya jangan terjun.

Guru-guru dan staf sekolah juga berasa gentar melihatnya berdiri dalam keadaan menggigil di tepi belebas bangunan tiga tingkat itu.

Budak tersebut bagaimanapun tidak mengendahkan larangan mereka dan meneruskan niatnya melompat ke bawah.

Nasibnya baik kerana dia berjaya disambut pengawal keselamatan yang sudah bersiap sedia menunggu di bawah.

Video menunjukkan budak itu terjun dan seterusnya disambut pengawal keselamatan terbabit tular di media sosial baru-baru ini selepas dimuat naik oleh platform Douyin dalam versi TikTok.

Kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan ringan di bahagian dahinya dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.