Thursday, May 19, 2022

MA63: Lima daripada 13 tuntutan berjaya dapat persetujuan

Secara Rawak

KUCHING: Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek hari ini menyatakan lima daripada 13 tuntutan di bawah rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak berjaya mendapat persetujuan bersama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Menurut Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali empat lagi tuntutan masih pada peringkat rundingan dan empat lagi masih dibincangkan di bawah jawatankuasa bersama.

Tuntutan berkenaan jelas beliau, ialah semakan semula pemberian khas kepada Sarawak seperti yang dimaktubkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, kedua, Kerajaan Persekutuan  bersetuju untuk menyerahkan kuasa untuk mengawal selia pengedaran gas di negeri kepada kerajaan negeri berlandaskan undang-undang negeri iaitu, Ordinan Pengedaran Gas 2016.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan dari Datuk Dr Juanda Jaya (GPS-Jemoreng) pada persidangan DUN di sini, hari ini.

Ketiga, katanya, Kerajaan Persekutuan bersetuju melaksanakan penuruan kuasa daripada menteri persekutuan kepada pihak berkuasa negeri untuk menggubal undang-undang subsiadiri di bawah Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76), yang kini diisytiharkan sebagai undang-undang persekutuan.

“Tuntutan keempat, Kerajaan Persekutuan  bersetuju menyerahkan perwakilan kuasa di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 kepada Kerajaan Negeri bagi mengawal selia perkara-perkara berkenaan alam sekeliling termasuk perkara-perkara yang melibatkan buangan terjadual,” jelasnya lagi.

Jelas beliau, tuntutan kelima ialah pelepasan dan penyerahan balik tanah diberi hak milik persekutuan di negeri dilaksanakan berlandaskan Kanun Tanah Negeri Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru