KUCHING: ‘Lockdown’ muncul ‘Word of The year’ bagi tahun 2020 Collins Dictionary.

Ini berikutan peningkatan penggunaan kosa kata itu secara dramatik ketika pandemik Covid-19 melanda dunia.

Susulan itu, banyak negara di seluruh pelosok dunia terpaksa melakukan penguncian atau sekatan pergerakan.

Pakar kamus berkata, mereka memilih kosa kata itu kerana ia sinonim dengan pengalaman warga di seluruh dunia ketika kerajaan berusaha mengambil tindakan untuk mengekang penularan pandemik berkenaan.

“Ia sesuatu pengalaman yang menyatu bagi berbilion-bilion warga di seluruh dunia, yang secara kolektif memainkan peranan mereka untuk menyekat penularan Covid-19, menurut penerbit Harper Collins seperti dipetik agensi berita, AFP.

Collins, menurut agensi berita itu, mencatatkan lebih daripada suku juta penggunaan “lockdown  pada 2020, berbanding hanya 4,000 pada tahun sebelumnya.

Penguncian atau kawalan pergerakan telah memberi kesan terhadap bagaimana warga dunia bekerja, belajar, membeli-belah dan bersosial.

Collins mentakrifkan ‘lockdown’ atau penguncian sebagai mengenakan kawalan ketat terhadap perjalanan, interaksi sosial dan akses terhadap ruang awam.’

Katanya lagi, disebabkan kesan pandemik itu terhadap penggunaan bahasa harian, enam daripada 10 kosa kata bagi tahun 2020 oleh Collins adalah berkaitan dengan krisis kesihatan global.

Perkataan berkenaan ialah coronavirus, social distancing, self-isolation, lockdown, key worker.