Friday, September 30, 2022

Peruntukan untuk Sarawak perlu telus, dipantau

Secara Rawak

DIGAMBARKAN sebagai belanjawan pengembangan, Tengku Zafrul pada hari Jumaat lalu membentangkan belanjawan terbesar dalam sejarah bernilai RM322.5 bilion, dengan RM236.5 bilion untuk perbelanjaan operasi, RM69 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM17 bilion di bawah Dana Gabungan COVID-19.

Sabah dan Sarawak masing-masing akan menerima perbelanjaan pembangunan RM5.1 bilion dan RM4.5 bilion di bawah Belanjawan 2021, peruntukan yang tidak jauh berbeza dengan yang diberikan kepada kedua-dua negeri tahun ini.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mengatakan dana itu akan digunakan untuk menaik taraf infrastruktur jalan raya, air dan elektrik, serta perkhidmatan penting seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Untuk memperkasakan program pembangunan masyarakat di dua negeri di Borneo, Tengku Zafrul berkata, RM41 juta diperuntukkan untuk program Hak Adat Anak Negeri di Sabah dan Sarawak. Untuk meningkatkan aksesibilitas rakyat, Tengku Zafrul berkata, RM15 bilion diperuntukkan untuk membiayai infrastruktur pengangkutan di seluruh negara termasuk Lebuhraya Pan Borneo.

Berdasarkan tiga objektif utama, iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi dengan mengambil kira wabak COVID-19 semasa dan kesannya terhadap rakyat dan negara.

PAS Sarawak berharap peruntukan RM4.5 bilion di bawah Belanjawan 2021 untuk Sarawak, khususnya, dapat digunakan sepenuhnya untuk kesejahteraan rakyat, terutama penduduk luar bandar yang masih ketinggalan dalam proses pembangunan.

Kerajaan Sarawak juga mempunyai peruntukan dalam negeri dan perlu diselaraskan dengan peruntukan dana dari Kerajaan Persekutuan akan dapat mempercepat proses pembangunan yang mengalami kebuntuan selama bertahun-tahun. Dengan adanya peruntukan untuk menaik taraf infrastruktur jalan, air, dan elektrik, serta perkhidmatan penting seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan, maka rakyat Sarawak pasti akan mendapat manfaat. Memperuntukkan perbelanjaan besar harus telus dan dipantau agar tidak disalahgunakan untuk tujuan lain.

Keseluruhan Belanjawan 2021, tujuannya adalah untuk meringankan beban rakyat, meningkatkan ekonomi negara, ia adalah belanjawan terbesar dalam sejarah dari segi nilainya. Semoga Belanjawan 2021 ini bermanfaat bagi semua tanpa mengira bangsa, agama, dan fahaman politik.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Sarawak

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru