WASHINGTON: Presiden AS bertahan menolak untuk mengiktiraf kemenangan Joe Biden sebagai Presiden ke-46 AS.

Trump menuding Biden terlalu terburu-buru sebagai pemenang walaupun media AS sudah mengumumkan kemenangan Demokrat.

“Kita semua tahu Biden terburu-buru untuk jadi pemenang, dan mengapa sekutu medianya berusaha keras membantunya, mereka tidak mahu terungkapnya kebenaran,” kata Trump.

Trump, menganggap pemilihan presiden masih belum selesai kerana belum diiktiraf sah oleh negara selain masih berdepan dengan tindakan mahkamah.

Trump masih mendakwa berlaku penipuan dalam pengiraan undi pilihan raya kali ini.

“Keputusan pilihan raya tidak ditentukan oleh media, tetapi pengiraan suara yang sah dan tepat,” kata Trump.

Kebanyakan media utama mengumumkan kemenangan Biden setelah beliau memenangi Pennsylvania untuk meraih 273 suara elektoral.

Nevada turut mengumumkan Biden menang untuk mengumpul 279 undi elektoral.