DELAWARE: Calon presiden Demokrat Joe Biden meminta penyokongnya tenang dan sabar menunggu keputusan Pilihan Raya Presiden AS ketika beliau hanya memerlukan enam undi elektoral untuk memasuki Rumah Putih.

Dalam ucapannya ditemani calon naib presiden di markasnya di Wilmington, Delaware pada petang Khamis Biden berkata, “kami tiada keraguan menunggu pengiraan selesai, Kamala dan saya akan dideklarasikan sebagai pemenang,” kata Biden.

Bagi Biden, pengiraan undi akan selesai dan keputusan akhirnya akan diketahui. Beliau mengucapkan terima kasih atas kesabaran penyokongnya.

Sementara, CNN melaporkan, Biden turut menyebut perihal isu penularan Covid-19 di AS yang muncul akibat pilihan raya berkenaan.

Pihaknya bersimpati dengan keluarga yang kehilangan orang tersayang akibat pandemik mengerikan itu.

Setakat ini Pennsylvania yang mempunyai 20 suara elektoral antara negeri yang masih melakukan proses pengiraan undi penentu kemenangan calon.