Presiden  Donald Trump kembali mengulangi dakwaan tuduhan kecurangan dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat. 

Menurutnya seperti dipetik BBC Indonesia, jajak pendapat media terhadap hasil penghitungan suara yang belum selesai sebagai “politik campur tangan”.

Katanya lagi, “banyak gugatan secara hukum kerena betapa tidak adilnya proses ini”.

Trump juga mengatakan, “luar biasa bagaimana surat suara pos yang masuk begitu sepihak”.

Sebelumnya,  pencabar beliau, Joe Biden meminta ketenangan di seluruh Amerika Syarikat, kerana suara pemilihan presiden masih dalam proses penghitungan di sejumlah negara bahagian penentu.

Dalam pidato singkat di televisyen, calon  Demokrat ini mengatakan, ia ‘tidak ragu’ bahawa pada akhirnya akan menang.

“Demokrasi kadang-kadang berantakan,” katanya, tetapi “prosesnya masih berjalan”

“Di Amerika, suara itu sakral,” tambahnya lagi, sambil menekankan setiap undi pos harus dihitung. 

Beliau mengatakan bahawa dia dan pasangannya Kamala Harris “tidak ragu” bahawa ketika penghitungan selesai mereka “akan dinyatakan sebagai pemenang”.

Biden ketika ini, kata BBC lagi,  meraih 253 undi elektoral, sementara Presiden Trump sebanyak 214 undi elektoral.