Pada hari Jumaat ini, kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membentangkan satu dokumen besar kepada 32 juta rakyat Malaysia iaitu Belanjawan 2021.

Belanjawan 2021 kali ini dilihat secara dasarnya untuk pembangunan rakyat dan negara yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

Apa yang diharap oleh rakyat dalam belanjawan kali ini ialah membantu meringankan beban yang ditanggung mereka. Rakyat berdepan dengan ujian kehidupan kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang dilaksanakan Kerajaan pada 18 Mac yang lalu.

Sektor pelancongan dan sektor industri kecil dan sederhana merupakan sektor yang paling terjejas, kesan daripada PKP yang dilaksanakan kerajaan .

Ribuan pekerja terpaksa diberhentikan kerja berikutan penutupan sektor ekonomi dan tiada aktiviti perniagaan yang dijalankan sepanjang tempoh PKP.

Mewujudkan peluang pekerjaan, penambahan moratorium secara bersasar disertakan dikurangkan karenah birokrasi , bantuan kewangan secara “one off”, dan memberikan bantuan kepada rakyat untuk sektor ekonomi yang dibenarkan operasi seperti E-Dagang menjadi harapan kepada rakyat untuk kerajaan umumkan ketika pembentangan belanjawan pada Jumaat kelak.

Tambahan pula, para peniaga mengharapkan bantuan untuk sektor perniagaan yang terjejas akibat daripada kesan pandemik COVID-19 .

Mereka terpaksa menanggung kerugian dan paling teruk terpaksa menutup perniagaan kesan daripada pandemik ini.

Para lepasan graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian mereka di universiti juga
terkesan dari wabak COVID-19.

Para lepasan graduan turut mengharapkan kerajaan mewujudkan peluang pekerjaan dalam usaha membantu mereka.

Sudah tentu, belanjawan kali ini menjadi satu harapan kepada rakyat dalam usaha membantu meringankan beban mereka akibat daripada COVID-19.

Walaupun kerajaan telah memperkenalkan bantuan kepada Bantuan Prihatin Nasional, Penjana, dan pelbagai lagi bantuan di dalam Pakej Ransangan Ekonomi .

Namun, kesan daripada wabak COVID 19 ini begitu dalam.

Berbekalkan motto Kesejahteraan Ekonomi, Kelangsungan Perniagaan, dan Ketahanan Ekonomi menjadi motto Belanjawan pada tahun ini dan sekaligus dapat memulihkan ekonomi akibat daripada pandemik COVID-19.

Rakyat mengharapkan impak pembentangan bajet kali ini memberikan kesejahteraan kepada mereka yang terhimpit akibat masalah sara hidup seperti dibuang kerja, pemotongan gaji dan penutupan perniagaan khususnya daripada sektor peniagaan.

Penulis merupakan Graduan Sains Sosial(Kajian Politik dan Pemerintahan) dan Pelajar Pasca Siswazah Pengurusan Perniagaan Korporat daripada UNIMAS.