Tuesday, June 28, 2022

Kakitangan Majlis Daerah harus bersedia beri perkhidmatan terbaik

Secara Rawak

DARO: Kakitangan Majlis Daerah harus sentiasa bersedia dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Sebagai agensi yang melakukan tugas dekat kepada rakyat, kakitangan Majlis Daerah juga dituntut sentiasa bersemangat dan ikhlas dalam melaksanakan tugas ketika berhadapan dengan pelbagai cabaran dan aduan daripada rakyat.

Demikian menurut ADUN Daro, Safiee Ahmad semasa Majlis Silaturrahim Kelab Rekreasi Majlis Daerah Matu & Daro (MDMD) 2020 dan Perasmian Pejabat MDMD Cawangan Daro baru-baru ini.

Tegasnya, penjawat awam agensi kerajaan tempatan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan sesebuah tempat.

Menjelas lanjut, Safiee memberitahu Daro semakin pesat membangun dengan terbinanya bangunan kedai fasa kedua yang baharu nanti.

Malah, Anjung Usahawan Daro juga telah diluluskan untuk dibangunkan di Daro bagi memperkasakan usahawan setempat.

Sehubungan itu, Safiee berharap MDMD sebagai agensi yang menjana dana sendiri turut mengambil peluang dalam pembangunan Daro.

Tambahnya, MDMD juga dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek meluaskan Sungai Iran di Kampung Badong Daro.

SourceFB UKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru