JUMLAH keseluruhan kematian global akibat Covid-19 mencecah 1.21 juta kes.

Jumlah kes jangkitan sejak virus maut itu dikesan di Wuhan, China pada akhir tahun lalu telah mencecah 47.31 juta.

Statistik Worldometers setakat pagi Selasa menunjukkan, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 236,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 160,000 kes.

Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 123,000 dan 91,000 kes kematian.

Manakala, kematian di United Kingdom (UK) melebihi 46,000 kes.

Itali, Perancis, Sepanyol, Iran, Peru, Colombia dan Argentina pula merekodkan angka korban melebihi 30,000 kes.