Jumlah keseluruhan bilangan yang maut akibat Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 1,205,206 kes setakat pagi ini.

Jumlah kes jangkitan pula menuju 47 juta sejak virus maut itu mengganas di Wuhan, China pada akhir tahun lalu.

Statistik Worldometers menunjukkan Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah tertinggi dengan 236, 471 kematian di sebalik  9.47 juta kes jangkitan yang melanda negara itu.

 Ini diikuti Brazil dengan 160, 104 kes kematian kes, India 122,642 kes dan Mexico 91,895 kes kematian.

Manakala, angka korban di United Kingdom mencecah 46,807 kes.

Itali, Perancis, Sepanyol, Iran, Peru, Colombia dan Argentina pula merekodkan angka korban melebihi 30,000 kes.