Friday, August 19, 2022

Peranan belia bermakna untuk pembangunan Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Program Jelajah Belia bertemakan Belia X-tive Pemangkin Pembangunan Negara dapat memperkasakan peranan belia dalam pembangunan negara dan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.6 Tupong berkata program ini dapat dijadikan platform untuk golongan itu menyuarakan suara hati mereka.

“Dengan adanya program seperti ini, kerajaan dapat mengetahui masalah belia dan apa juga cadangan yang diutarakan oleh belia dijadikan input dalam pembangunan negeri.

“Ini kerana, belia bakal menjadi pemimpin pada masa depan dan suara belia sangat penting untuk pembangunan negara serta negeri,” katanya pada Majlis Perasmian Program Jelajah Belia Sarawak 2020 bagi Dun N.6 Tupong di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah. 

Hadir sama, Residen Bahagian Kuching Sherrina Hussaini dan lain-lain.

Fazruddin berkata, tanggungjawab kerajaan ialah menunaikan keperluan rakyat dan menyediakan persekitaran kondusif agar belia dapat menjalani kehidupan yang sejahtera.

Justeru, katanya, untuk memastikan kerajaan dapat menyediakan kemudahan tersebut, maka kerajaan perlu mendengar masalah, keluhan dan cadangan penambahbaikan daripada belia.

Bagaimanapun, kata Fazzrudin, di Sarawak mempunyai lebih 2 juta penduduk dan amat mustahil untuk kerajaan menunaikan semua kehendak rakyat.

“Tetapi, apa yang dapat kita sediakan untuk masyarakat ialah platform agar kemudahan yang disediakan kerajaan dimanfaatkan bersama,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru