Sunday, January 23, 2022

Pekerja kapal tongkang hilang di Sungai Batang Lupar

Secara Rawak

SEBUYAU: Seorang pekerja dalam sebuah kapal terjatuh ke dalam sungai Batang Lupar di kawasan tidak jauh dari pangkalan feri Triso dan masih belum dijumpai sehingga hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang semalam, mangsa dikatakan telah tergelincir dan terjatuh dari kapal tongkang bernama Tobi 889 Kuching.

Mangsa Saif Ali,21 tahun merupakan warganegara India.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok,PPgB Nazry Mohamat memberitahu usaha mencari dan menyelamat (SAR) bagi menjejak mangsa kini sedang giat dilakukan oleh pihak bomba.

“Pengadu ( pengurus kapal ) yang membuat laporan kehilangan mangsa telah dimaklumkan oleh seorang pekerja warganegara India lain yang bernama Ram Bhuwan menyatakan bahawa mangsa (Saif) telah tergelincir dan jatuh dari tongkang (Tobi 889 Kuching) semasa mangsa mengisi minyak enjin pam air di sungai Triso berdekatan Pangkalan Feri Triso Maludam.

“Mangsa kata saksi kejadian pada mulanya dilihat terkapai-kapai dan kemudiannya tenggelam sebelum sempat diselamatkan oleh rakan mangsa. Laporan kemudiannya dibuat dan setakat ini mangsa masih belum ditemui,” ujar Nazry.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru