Friday, October 7, 2022

Bomba hantar bantuan makanan di Kampung Haji Baki

Secara Rawak

KUCHING: Seramai 12 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) terlibat dalam khidmat menghantar bekalan makanan kepada penduduk di Kampung Haji Baki.

Pusat Gerakan Operasi Bomba menerusi satu kenyataan Ahad memberitahu, khidmat menghantar bekalan makanan tersebut mulai jam 10.30 pagi.

Katanya, khidmat menghantar bekalan makanan kepada penduduk di Pusat Kawalan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Haji Baki menggunakan dua buah van urvan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda, hilux.

Khidmat yang diketuai oleh Pegawai Komander Operasi PPgB Mohammad Fazly Ibrahim tamat pada 4.35 petang.

Kesemua anggota yang terlibat telah disinfeksi sebelum bergerak balik ke balai masing-masing.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru