Saturday, December 3, 2022

800,000 hilang pekerjaan akibat Covid-19 di seluruh negara

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Seramai 800,000 orang hilang pekerjaan berikutan penularan pandemik Covid-19, yang melanda seluruh negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berikutan itu, banyak premis perniagaan terpaksa ditutup, sekali gus memberi impak kepada ekonomi negara dan juga rakyat.

“Sehubungan itu, kerajaan berusaha sedaya upaya melakukan pelbagai strategi untuk mengelak impak buruk terhadap ekonomi negara dan rakyat,” katanya pada Perutusan Khas Mengenai Situasi Covid-19, semalam.

Katanya, ramai rakyat menderita kerana kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan akibat penularan pandemik Covid-19 ini.

“Justeru, kerajaan akan menyediakan peruntukan kepada rakyat untuk menghadapi Covid-19 serta memulihkan ekonomi negara, dalam pembentangan Bajet 2021 di Dewan Rakyat pada 6 November ini,” katanya.

Katanya, peruntukan tersebut diberikan kepada semua agensi kerajaan, rakyat, sektor korporat, industri dan perniagaan bagi membantu meringankan beban yang dihadapi semua pihak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru