ARGENTINA: Wartawan yang bersiap sedia membuat liputan secara langsung berdepan pengalaman yang tidak disangka-sangka.

Episod rampasan itu dirakam secara langsung dan kini tular di media sosial.

Video itu menunjukkan Diego Demarco, wartawan media En Vivo El Nueve, hendak memulakan liputannya apabila pemuda muncul di hadapannya dan merampas telefon di tangannya.

Tanpa menoleh, lelaki itu terus melarikan diri dan meninggalkan Demarco terpinga-pinga.

Sebaik sahaja menyedari perbuatan lelaki itu, Demarco cuba mengejarnya tetapi lelaki itu berjaya meloloskan diri.

Insiden itu turut mendapat perhatian penduduk tempatan dan beberapa kanak-kanak yang kebetulan berada berdekatan.

Menurut laporan lanjut, orang ramai berjaya menangkap lelaki tersebut dan mengembalikan semula telefon bimbit itu kepada Demarco.