BEIJING: Sembilan anggota keluarga menemui ajal selepas makan mi yang dikatakan disimpan di dalam peti sejuk hampir setahun.

Semua mereka yang tinggal di wilayah Heilongjiang memakan mi buatan sendiri itu semasa sarapan pada 5 Oktober lepas.

Namun beberapa jam selepas itu semua mereka jatuh sakit.

Pada 11 Oktober, lapan daripada mereka disahkan meninggal dunia dan mangsa kesembilan meninggal dunia pada Isnin lalu.

Punca kematian akibat keracunan asid bongkrekic, yang ditemui di dalam mi tersebut.

Keracunan akibat asid ini boleh menyebabkan kerosakan serius pada paru-paru, jantung, buah pinggang serta otak dan boleh membawa maut.

Setakat ini tiada penawar khusus untuk kes keracunan tersebut.