MIRI: Pekerja kilang papan warga Indonesia Muhammad Syopyan Nasution berhasrat ke pasar raya e-Mart di Tudan bersama-sama rakannya Badriansyah, 24.

Mereka melalui jalan paip dari kilang dan dipercayai Syopyan hilang selepas diserang buaya.

Kejadian di Sungai Bilat, Kuala Baram pada 9 malam 27 Oktober itu memaksa operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Miri Supt Law Poh Kiong berkata, pasukan SAR mendapat maklumat daripada laporan yang buat rakan mangsa di Balai Polis Lutong.