KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) telah mengadakan satu taklimat industri gas dan minyak di Hotel Pullman, Kuching, semalam.
Taklimat tersebut memfokuskan kepada perkongsian mengenai perniagaan industri minyak dan gas Sarawak yang mempunyai potensi yang tinggi untuk meningkatkan ekonomi serta pendapatan negeri.
Dalam taklimat tersebut, PETROS berkongsi mengenai susun atur syarat-syarat utama untuk pengurusan bersepadu sumber minyak Sarawak untuk bergerak ke hadapan serta menterjemahkan istilah tersebut kepada peranan PETROS yang telah dimandatkan dan peluang yang besar dan kukuh untuk pemain-pemain industri di Sarawak untuk terlibat.
Turut hadir dalam taklimat itu adalah Penasihat Undang- Undang Sarawak, Dato Sri JC Fong; Pengarah EPU, AP Dr. Muhammad Abdullah Zaidel.