Tuesday, August 16, 2022

Gempa landa Turki, Greece 22 maut, 800 cedera

Secara Rawak

ANKARA: Media Turki melaporkan gempa 7.0 magnitud yang melanda pantai barat berdekatan Izmir memakan korban 22 orang dan mencederakan sekitar 800 orang.

Jumlah mangsa dijangka bertambah di wilayah Izmir yang dihuni tiga juta penduduk.

Datuk Bandar Izmir, Tunc Soyer memberitahu CNN Turk, 20 bangunan runtuh.

Laporan Ahvalnews.com menyebut selepas gegaran pertama, paras laut meningkat sebelum tsunami melanda Seferihisar di barat Izmir menenggelamkan kawasan perumahan.

Tsunami kecil mengasak Pulau Aegean Samos.

Banyak bangunan bertingkat tinggi musnah kemudiannya ranap akibat gempa susulan.

Geologi AS menyebut gempa 14 kilometer dekat kota Greece Karlovasi di Samos menjangkau Istanbul dan Athena.

Di Greece, Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis menciap di Twitter yang dikutip AFP: “Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan ketika kanak-kanak menjadi mangsa. Di masa yang sulit ini, duka cita mendalam kami untuk keluarga dan juga Samos karena menghadapi luka yang dalam,” ucap

Turki dan Greece terletak di salah satu zon gempa paling aktif di dunia.

Beberapa gempa bumi terkuat di dunia tercatat berlaku di sepanjang garis patahan yang melintasi Turki hingga Greece.

Pada 1999, gempa bumi berkekuatan 7.4 pada Skala Richter melanda barat laut Turki, menewaskan lebih 17,000 orang, termasuk 1,000 orang di Istanbul.

Di Greece, gempa terakhir pad Julai 2017 menewaskan dua orang di pulau Kos, dekat Samos.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru