KUCHING: Go Digital Asean di Sarawak dilancarkan November ini di 21 Pusat Komuniti Digital di bawah rangkaian Pustaka Luar Bandar serta 38 pusat Internet seliaan Pustaka Negeri Sarawak (PNS).

Selaras visi Jawatankuasa Penyelaras Asean dalam Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSMEs), Go Digital Asean bertujuan merapatkan jurang digital di seluruh Asean.

Ini termasuklah Program membantu tenaga kerja, terutama dari luar bandar dan masyarakat terpinggir, termasuk usahawan, penganggur belia dan wanita.

Mereka ini didedahkan dengan inisiatif pemulihan pasca-Covid-19 bagi menggerakkan semula belia ke arah peluang ekonomi baru dan menerapkan gaya hidup digital.

Sekitar 1,500 golongan belia berumur 18-35 tahun dilibatkan melalui Latihan modul ePembelajaran Go Digital Asean ini yang merupakan penerusan daripada ePembelajaran PANDei yang ditawarkan percuma PNS.

Individu berminat menyertai program ini, sila daftar di www.go-digital.my. Untuk pertanyaan sia e-mel: zuraidah@startupmalaysia.org.