WASHINGTON: Hasil perolehan undi elektorat dari 13 negeri di AS bakal menentukan kemenangan kedua-dua pesaing, Donald Trump dari Republik menentang Joe Biden dari Demokrat bagi Pilihan Raya Presiden AS pada 3 November ini.

Daripada 13 negeri ini, terdapat 270 suara Electoral College yang diperlukan untuk menuju Rumah Putih.

Pada Khamis, Trump dan Biden berkempen merebut suara elektorat Florida.

CNN melaporkan pertempuran di Florida sangat sengit sehingga Trump hampir tidak memiliki jalur menuju 270 suara elektoral berbanding beliau mengalahkan Hillary Clinton 2016 dengan mendapat 1.2 mata.

Negeri yang menentukan kemenangan pilihan raya kali ini Ialah:

1. Florida: Suara elektorat 29, peluang 50-50

2. Georgia: Suara elektorat 16, peluang 50-50

3. New Hampshire: Suara elektorat 4, peluang condong Demokrat

4. North Carolina: Suara elektorat 15, peluang 50-50

5. Ohio: Suara elektorat 18, peluang: 50-50

6. Michigan: Suara elektorat 16, peluang condong Demokrat

7. Pennsylvania: Suara elektorat 20, peluang condong Demokrat

8. Texas: Suara elektorat 38, peluang condong Republik

9. Wisconsin, suara elektorat 10, peluang condong Demokrat

10. Minnesota: Suara elektorat 10, peluang condong Demokrat

11. Arizona: Suara elektorat 11, peluang condong Demokrat

12. Nevada: Suara elektorat 6, peluang condong Demokrat

13. Iowa: Suara elektorat 6, peluang: 50-50