KUCHING: Yang Di Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud merasmikan Taman Islam Darul Hana malam Rabu lepas.

Turut hadir isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Taman yang terletak dalam keluasan tanah 12 ekar di pekarangan Masjid Darul Hana bernilai RM6.8 juta dibangunkan oleh LCDA.

Fasa pertama siap bulan ini. Sementara, fasa kedua bermula tahun depan.

Perasmian taman antara acara berlangsung sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak.

Majlis perasmian bermula selepas solat Maghrib berjemaah disertai sesi tazkirah oleh Mufti Sarawak Datuk Kipli Yassin.