Tuesday, June 28, 2022

Penduduk Igan bakal terima limpahan kemajuan – ADUN Jemoreng

Secara Rawak

IGAN: Penduduk Kampung Igan perlu bersedia untuk menerima limpahan kemajuan dengan siapnya jambatan Igan yang akan menjadi laluan utama dan tumpuan masyarakat ke kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato’ Murshid Diraja Dr Haji Juanda Jaya memberitahu, antara rancangan pembangunan besar yang telah dicadangkan ialah mewujudkan Pasar Igan, Stadium Mini Igan dan melengkapkan kemudahan bagi mencantikkan Tapak Kaul Igan sebagai tarikan pelancong.

Beliau berkata demikian semasa Program Randau Rakyat DUN Jemoreng pada Rabu.

Tambahnya, penduduk Igan juga akan menikmati kemudahan jalan raya yang lebih singkat ke Sibu melalui Projek Jalan Kebuaw-Sibu dengan hanya 45 minit/1 jam, sekiranya kerajaan sedia ada diberi mandat semula oleh rakyat.

Justeru beliau menegaskan agar Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) agar sentiasa bekerjasama dengan agensi pelaksana supaya segala isu dan masalah dapat diselesaikan dengan teratur.

Program Randau yang diadakan di Kampung Igan tersebut melibatkan sebanyak lima buah kampung iaitu Kampung Sekerang Igan, Kampung Tengah Igan, Kampung Pulau Igan, Kampung Baru Ismail Igan dan Kampung Baru Dagang Igan.

Selepas majlis, beliau meluangkan masa melawat projek Benteng Hakisan Sungai Igan, Projek Bina Baru Dewan Igan dan Projek Pembersihan Sungai Kecil Kampung Igan.

Selain itu beliau sempat menziarahi keluarga mangsa kebakaran di Kampung Sekerang Igan dan akan membantu membina rumah baru untuk mereka dalam masa terdekat. 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru