KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak akan beroperasi seperti biasa pada 29 Oktober ini, ketika sambutan Maulidur Rasul.

Menurut kenyataannya, Pustaka akan membuka premis kepada orang awam pada tarikh tersebut.

“Orang awam juga diminta untuk menggunakan perkhidmatan kami secara percuma,” kata kenyataan itu.

Antara perkhidmatan percuma Pustaka Negeri Sarawak adalah Pustaka Sarawak Channel merupakan platform untuk penyiaran program dan aktiviti Pustaka secara dalam talian menggunakan saluran Youtube selari dengan transformasi perkhidmatan norma baharu di pautan https://www.youtube.com/user/PustakaSarawak/

Selain itu, inisiatif tersebut bertujuan meneruskan program dan aktiviti galakan membaca dalam suasana pandemik Covid-19 dengan kelaziman baharu menerusi saluran YouTube dan mengoptimumkan potensi teknologi maklumat dan komunikasi bagi memanfaatkan lebih ramai orang tanpa dibataskan oleh masa dan tempat.

Pustaka Negeri Sarawak menawarkan Perkhidmatan BookBear melalui aplikasi Angka.sa2 secara percuma.

Ia merupakan perkhidmatan peminjaman buku terus ke rumah pengguna yang mana boleh dimuat turun aplikasi Angka.sa2 melalui Google Play Store atau App Store yang akan mula beroperasi pada 13 Jun 2020 mulai Isnin hingga Sabtu pada jam 9 pagi hingga 5 petang.

Kenyataan itu juga menyatakan, inisiatif tersebut untuk memastikan pengguna mendapat akses kepada koleksi Pustaka memandangkan Pustaka Negeri Sarawak masih belum lagi membuka sepenuhnya premis-premis yang ada.