KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) dalam kenyataan medianya pada Isnin memaklumkan Penganjuran  Majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 1442H/2020M yang telah ditetapkan pada Khamis 29 Oktober 2020, bertempat di Dewan Kompleks Islam Sarawak Kuching adalah DIBATALKAN oleh pihak penganjur.

Bagaimanapun, Majlis Kesyukuran Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1442H/2020M dan Majlis Perasmian Taman Islam Darul Hana bertempat di Masjid Darul Hana Petra Jaya pada 28 Oktober 2020 masih diteruskan dengan mematuhi SOP COVID-19 dengan kehadiran tetamu adalah atas jemputan sahaja.