Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di peringkat global kini sebanyak 44,235,263 setakat pagi ini.

Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Worldometers menunjukkan Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih sembilan juta kes jangkitan.

Jumlah kematian di negara Uncle Sam itu juga tertinggi di dunia, iaitu sebanyak 232,084 kes.

Ini diikuti India dengan 7,983,853  kes dan 120,054 kematian   dan Brazil 5,440,903 kes jangkitan dengan lebih 157,000 kematian. 

Angka jangkitan di Rusia, Perancis, Sepanyol, Argentina dan Columbia pula melepasi satu juta kes.

Angka kematian di Rusia lebih 26,000, Perancis lebih 35,000, Sepanyol lebih 35,000, Argentina lebih 29,000 dan Colombia lebih 30,000 kematian.

Negara yang melepasi angka setengah juta ialah United Kingdom, Mexico, Peru, Afrika Selatan, Iran, Itali dan Chile.