MIRI: Rakyat Sarawak yang menguasai tiga bahasa – bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin mempunyai kelebihan dan dapat menjadi pemain global, kata Ketua Menteri di sini pada Selasa.

Menurut Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, ketiga-tiga bahasa berkenaan begitu penting dan perlu dikuasai.

Katanyanya memandangkan bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan, maka ia wajib dikuasai dengan mahir, manakala penguasaan bahasa Inggeris penting kerana ia merupakan bahasa antarabangsa.

“Mandarin juga penting kerana ekonomi China seemakin meningkat,” jelasnya.

“Seperti kata orang, tikam di laut menjadi pulau, tikam di darat menjadi bukit. Inilah rakyat Sarawak yang kita mahukan,” katanya pada majlis perasmian bangunan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional di sini, semalam.

“Pada hari ini bahasa-bahasa berkenaan penting,” katanya.

Ujarnya lagi, kalau anak Sarawak mahir dalam ketiga-tiga bahasa itu, mereka mempunyai kelebihan untuk berdaya saing bukan sahaja di peringkat negeri, tetapi  di peringkat antarabangsa.