Saturday, May 8, 2021

ADUN Beting Maro santuni mangsa kebakaran di Pusa

Mesti baca

PUSA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor bersama Jabatan Kebajikan Bahagian Betong petang Selasa meluangkan masa meninjau keadaan rumah terbakar di Kampung Semarang, Pusa.

Dalam lawatan itu, Razaili dan Jabatan Kebajikan Betong menyumbang bakul makanan kepada mangsa kebakaran bagi meringankan beban mereka.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam Isnin melibatkan tiga buah rumah dan tujuh keluarga.

Dua daripada tiga rumah terbabit hanya mengalami kerosakan pada dinding manakala sebuah lagi rumah yang didiami dua guru daripada SK Semarang musnah sepenuhnya.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku dan punca kejadian masih dalam siasatan.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru