BERLIN: Lelaki dari Jerman memecah Rekod Buku Guinness dan menerima gelaran sebagai lelaki paling banyak melakukan modifikasi badan di dunia.

Rolf Buchholz melakukan modifikasi 516 kali di badannya dan menurutnya dia masih berniat melakukan lebih banyak perubahan pada badannya.

Rolf yang bekerja di syarikat komunikasi dalam bidang teknologi maklumat mula merubah badannya ketika berusia 40 tahun dengan melukis tatu dan menindik badannya.

Kini selepas 20 tahun, badannya ditindik pada bahagian mulut, kening, hidung dan dahi. Modifikasi badan Rolf termasuk 453 tindikan, tatu dan implan subdermal iaitu implan di bawah kulit.

Pada 2010, dia meraih Rekod Buku Guinness sebagai lelaki yang memiliki badan bertindik paling banyak di dunia.

Pada 2014, dia kembali mendapat perhatian ketika berada di Dubai semasa membuat pertunjukkan di sebuah hotel di negara itu.

Rolf bagaimanapun tidak dibenarkan keluar dari lapangan terbang tersebut di sebalik pelbagai usaha pihak hotel tersebut meminta izin pihak berkuasa melepaskannya untuk menghadiri acara tersebut.

Baru-baru ini dia menjadi topik perbualan warga maya selepas Buku Rekod Guinness memuat naik videonya di media sosial.

Di sebalik perubahan pada badannya Rolf menegaskan hanya bahagian fizikal badannya sahaja yang merubah, namun ia tidak mengubah dirinya sebaliknya dia masih orang yang sama.