LUBOK ANTU: Penduduk kampung dan rumah panjang dinasihatkan untuk jangan mudah percaya apa yang dituralkan di dalam media sosial terutamanya berita palsu tentang kerajaan Sarawak.

Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh berkata, mereka juga perlu memainkan peranan dalam memastikan kesahihan fakta sebelum berkongsi maklumat dengan anak-anak buah masing-masing.

“Dunia ini semakin berubah dan penduduk kampung dan rumah panjang perlu bijak terutamanya dalam menilai fakta dan maklumat yang dikongsikan dalam media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sepakat Komuniti di Tuai Rumah Ganing Alek, Kaong Ulu, SPS Fasa 1, Batang Ai, Lubok Antu pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau mengumumkan projek transformasi luar bandar (RTP) bagi kawasan berkenaan iaitu RM150,000 untuk Kaong Ulu,

RM150,000 untuk Pudai, RM150,000 untuk Sungai Ara, RM100,000 untuk Nyemungan dan RM70,000 untuk Batu 21.

Beliau juga menyerahkan peruntukan MRP sejumlah RM10,000 kepada Gerempung Indu Kaong Ulu.