TATAU: Di bawah Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), kesemua masyarakat yang pelbagai kaum dan agama dapat hidup harmoni dan sejahtera.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Undang-Undang dan Adat Bumiputera Sarawak Datuk John Sikie Tayai berkata, Kerajaan GPS amat menjaga kebajikan dan mengambil berat semua agama di negeri ini.

“Penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) yang merupakan yang pertama di Malaysia merupakan inisiatif terbaik dalam mewujudkan keharmonian pelbagai kaum.

“Pada tahun 2020 sebanyak RM50 juta telah peruntukkan Kerajaan GPS melalui UNIFOR untuk membantu institusi agama-agama lain di negeri ini.

“Baru-baru ini, Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg telah merasmikan pecah tanah bagi pembinaan bangunan UNIFOR yang bernilai RM70 juta,” katanya dalam Program Santai Bersama Pemimpin di Rumah Adam Linnyan, Sungai Annau, Tatau pada Jumaat.

Beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus turut mengumumkan peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sebanyak RM10,000 dan RM4,000 kepada Biro Wanita Rumah Adam Linnyan.

Hadir sama Pegawai Tadbir Daerah Tatau Calvin Ligong dan Penghulu Alister Ali Digat.