SARATOK: Tiga maut dalam kemalangan yang berlaku di kawasan Simpang Salcra tidak jauh dari simpang Saratok petang tadi.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 5.40 petang membabitkan sebuah lori kargo bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Saga.

Lori kargo dikatakan datang dari arah Saratok manakala kereta datang dari arah Sarikei.

Tiga lagi penumpang kereta terlibat cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Saratok.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok, PPgB Nazry Mohamat berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Raju Anak Lian, 43 tahun, Irene Anak Jerah, 44, dan Vanessa Deborah Anak Medan,16.

Mangsa yang cedera pula dikenali sebagai Baxter Bone Raju, 20 tahun,
Geneyses Rachel Raju,15, dan Moses anak Medan,13 tahun.

Pemandu dan kelindan lori kargo bagaimanpun tidak mengalami kecederaan.