BINTANGOR: Lawatan Kerja Dan Majlis Penyerahan Sumbangan Untuk Masjid Dan Surau DUN Semop hari kedua kali ini diadakan secara berasingan di Muara Bunut, Bintangor, Masjid Darul Hidayah, Kpg Tg Bundong dan Surau Darul Ikhsan, Bintangor.

Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) merangkap  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Abdullah Saidol dalam majlis tersebut telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,500 masing-masing kepada Jawatankuasa Masjid Darul Hidayah, Kpg Tg Bundong dan Masjid Darul Taqwa, Bintangor. Manakala RM1,500 kepada Jawatankuasa Surau Darul Ikhsan, Bintangor.

Turut disampaikan RM3,100 kepada Persatuan IbuBapa Dan Guru (PIBG) SK Tanjung Bundong untuk tujuan Set Siaraya, Set Ping Pong & Set Permainan Dalaman.

Terdahulu beliau telah melawat kawasan dua Rumah Panjang di Muara Bunut, Bintangor bagi meninjau sendiri keperluan masyarakat di situ.

Dimaklumkan sebanyak RM254,130 peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) telah disalurkan sepanjang sesi Lawatan Kerja dan Majlis Penyerahan Sumbangan selama 2 hari tersebut.