SRI AMAN: Program seperti ‘Agriculture Community Outreach Programme’ (AgriCOP) memberi manfaat kepada penduduk pada masa akan datang dan mengembang sektor pertanian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang memberitahu, ilmu yang diberikan oleh Jabatan Pertanian itu dapat meningkatkan ekonomi rakyat sekiranya digunakan oleh penduduk.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam program AgriCOP di Rumah Igoh, Selanjan pada Jumaat.

Sementara itu, beliau berharap penduduk di Bukit Begunan membuat pilihan yang tepat dan terus memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Sarawak yang sedia ada bagi meneruskan pembangunan di masa akan datang.

Turut diumumkan peruntukan MRP tahun 2020 sebanyak RM10,000 kepada JKKK dan RM4,000 kepada Biro Wanita Rumah Igoh, Selanjan Jalong, Sri Aman.